Wednesday, July 27, 2011

today is dada's birthday!

video

dear my soulmate...,
HAPPY BIRTHDAY..!
ada sorang artis ni nyanyi untuk dada....
rania athira binti mohd rus namanya...
dialah penghibur bonda n dada..
SEMOGA TERHIBUR YE DADA! :p heheheh..

Sunday, June 19, 2011

dada, we love u!

video

my hubby a.k.a. dada rania, nothing much to say... just hoping that u will enjoy 'my humble touch' on this video! i have no words to express my feeling how appreciate and thankful im to have such a perfect gift for my daugther..thank you so much dada... we love you and happy dada's day! :))

Wednesday, June 8, 2011

cerita rania athira..

dah lama tak cerita pasal buah hati pengarang jantung sorang nih. dah macam2 pandai... especially, part bercakap+membebel+mengomel... dah ada la yang tolong sambung2 kalau bonda membebel pada dada tuh. yang paling 'tak boleh tahan' tu bila bonda and dada baru nak ada bunga2 nak gaduh.. tiba2 si rania ni menyampuk. memang tak jadi bergaduh, malah ketawa pula. itulah kuasa seorang anak pengikat kasih dan sayang! jom layan dialog2 rania yang berlegar2 dalam otak bonda nih. kalau teringat memang senyum sorang2 lah jawabnya... dada pun sure tersenyum kat office sambil buat kerja. 

dialog 1.
bonda : bla,bla,bla... cakap besar je b nih. tak baik tau...
dada : mana ada cakap besar, betul la..... 
RANIA : no,no,no! bukan akap besar la.., akap 'BIG' ok. 

dialog 2.
situasi : baru bangun tido jam 2 petang.
RANIA : bonda, rania mimpi 'dinasos'... sooooo big! (sambil tangan mendepang)
bonda : really? how big that dinasour? are u scared? 
RANIA : no! ania x takot punn... dia kan... nak mamam ania tau...
bonda : ye ke? then, rania lari ke?
RANIA : tak la.... ania babab ia kuat2! 
bonda : hahaha... 

dialog 3.
situasi : dalam masjidil haram.
RANIA : bonda, ania want to make friend with them!
bonda : ok.. but they can't speak English or Malay. so, how u want to talk with them? 
RANIA : ania cannnnnn.... ania say @#$%^&* ( bahasa yang tak difahami.konon2 macam ckp arab la...)
bonda : hahaha... 

dialog 4.
situasi :  dalam toilet di rumah.
bonda : rania meh la mandi.. air panas tau... cuba rasa..
RANIA : (mengangkat tangan letak di bawah paip air then masukkan dlm mulut.) urmmmm, yummmyy! 
bonda : eh, bukan rasa tu la.. i mean touch it. so u can feel weather its hot or cool! 
( rania terconfused perkataan rasa dalam situasi berlainan. rasa makanan + rasa memegang. :) )

dialog 5. 
situasi : dalam umah.
RANIA : ania tak akot cat.. cat baik... kan bonda kan? 
bonda : yup. tak boleh takut cat.. cat baik.. u can make friend with cat. 

beberapa hari kemudian, 
RANIA : bonda, on light plsss.... ania akot.. 
bonda : rania takot apa?
RANIA : ania akot hantu..
bonda : kenapa takut dengan hantu? x perlu takut k...
RANIA : ania tak akot hantu.. hantu baik.. ania can make friend with hantu.  
bonda : haha... rania its wrong... hantu sgt jahat... ALLAH pun tak suka hantu. tapi kita tak boleh takut sebab ALLAH ade. 


sebenarnya, dialog yang terakhir tu.., bonda agak clueless. tak tahu mcm mana nak explain kat rania... bila ingat balik rupanya dia confused bila dia takut kan sesuatu terutama binatang, bonda selalu kata jangan takut.. dia baik.. rania boleh kawan dgn dia.. biasanya cat sebab rania sgt takutkan kucing sejak kecil. tapi, boleh pula dia guna konsep yang sama dengan hantu! haha.. bila ingat memang nak ketawa.

jom layan gambar pula...

bonda, ania doa tok bonda, dada, aki, tok, mama, papa, nyaie... bla,bla...

bonda, ania nak ayang gak.... ania nk akai tekong gak! 

bonda, engok ni... ania kemas eja ania... cantik tak? 

ania and kakak naik aroplane tauu.... nak alik mecia... 

ania nak colour gakkk!

bonda, ania sayang bonda tauu....

i love u, dada! muaahhh!

no, ania nanak tuh..... 

hahaha... kakar la bonda nih...

uwekkkkk.....!

bonda, ania tantek kannn.......? 

uwaaa...... bonda akot tak kalau ania buat acam nih? 

bonda, ania nak pakai udung gakk macam bonda.....



Thursday, June 2, 2011

wahai tetamu2 ALLAH!

ALLAH memberi kita limpahan rezeki sehingga kadang2 kita lupa.. eh, bukan lupa.. kita ingat cuma kita tak perasan yang kita kurang bersyukur. saya bukan bercakap tentang orang lain.. setiap entry saya bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri juga... kadang2 apabila terlihat orang yang kurang menyenangkan hati, saya terus terfikir, 'pernahkah aku jadi seperti itu. pernahkah aku 'terriak' atau kelihatan seperti tidak mensyukuri akan nikmat yang diberikan.' mungkin pernah.

alkisahnya, semalam usai sembahyang isyak di masjidil haram seperti biasa saya hubby dan si kecil rania pergi 'mengeteh' di tempat biasa. urm, dah jadi mcm kewajipan pula.. kalau pergi jemaah di masjid mesti pergi ke felda  Dsaji untuk minum2 dan makan2 ringan. kalau tak pergi jadi rindu pula. hihi.... berbalik pada cerita asal. sedang kami bertiga minum2 sambil berbual2 mesra. ada 2 orang hamba ALLAH ni... duduk bersebelahan dengan meja kami... kedua2nya lelaki. dari cara perwatakan dan penampilan saya agak pasti mereka berdua bukan kami pertama datang ke sini.. mungkin sudah banyak kali datang buat umrah.. kenapa? sebab orang yang kali pertama datang ke rumah ALLAH ini sangat tertib dan terlalu menjaga percakapan, perlakuan dan pemakaiannya.. mereka kelihatan sangat baik dan menyenangkan.. sedangkan hamba ALLAH yang berdua ini tadi cara percakapannya yang agak kuat dan kadangkala meninggi diri itu sangat menyakitkan gegendang telinga saya dan hubby! yang paling saya ingat adalah mereka sewenang2nya merokok di kawasan larangan merokok. yang merokok di dalam tanah haram itu saya tak berani nak sentuh kerana saya kurang tahu. yang buat saya marah adalah mereka merokok didalam kawasan yang dah terang2 terdapat signboard NO SMOKING! bersebelahan pula dengan meja saya! tak dapat tidak rania juga turut menghidu asap tersebut.

diantara perbualan mereka yang saya masih ingat : 

       "mu tau tak mu ni macam burung kakak tua. orang cakak mu nyampuk!" bercakap kepada jurujual kedai yang agak peramah menegur mereka bedua berbual. jurujual tersebut berbangsa india dan selalu menegur orang2 Malaysia yang datang ke situ... 
  
        "how long u stay here? u married? ur wife here? u dont take another wife here? masih berbual dengan jurujual tersebut dengan english yang sangat broken walhal jurujual itu boleh berbahasa melayu!. :) 

        tidak lama kemudian jurujual itu menegur mereka kerana merokok. ni yang paling buat saya naik angin. salah seorang dari mereka menjawab. "arab can not. malaysia can smoking here!" 

macam2 lagilah mereka bualkan. kalau ikutkan hati mahu sahaja saya menegur. tapi rasa kurang ilmu di dada pula.. lebih baik saya hanya menjadikan itu iktibar pada diri sendiri. saya doakan supaya mereka sedar. walaupun selalu datang, tak bermakna kamu dah hebat sangat boleh buat sesuka hati. sudah lupakah kamu bahawa kita ini tetamu ALLAH yang telah dipilih untuk datang ke rumahNYA. cuba kalau ada tetamu datang ke rumah kita dan buat perkara yang kita tidak suka. mesti kita marah bukan? begitulah juga sebaliknya. walallahualam...

p/s- nak masukkan gambar mereka, tapi nanti kene saman malu pula. hihi.. lebih baik jangan cari pasal. :)) 

Saturday, May 28, 2011

tips umrah+solat berjemaah 1.


      seperti yang di janjikan pada entry yang lepas.. saya akan memberikan anda serba sedikit gambaran sedaya yang termampu tentang masjidilharam.. bagi yang belum pernah datang, ini adalah satu gambaran serba ringkas untuk anda. yang dah pernah dtg saya pasti anda pasti rindukan baitullah ini dan yang dah biasa or hari2 ada kat sini, alhamdulillah... tolong tambah jika ada kekurangan dalam entry saya ni ok. :)

     sebelum tu, barang2 yang perlu anda bawa untuk memasuki masjid semasa umrah ataupun hanya solat jemaah.
1. beg yang sesuai. saya selesa dengan beg galas belakang dan bersaiz sederhana. yang penting muat untuk letak kasut saya dan rania. kasut hubby besar sgt! hihi...
2. dokumen pengenalan diri. duit saudi. nama hotel yang anda tinggal. (kalau tak ingat la..)
3. tak perlu bawa al-quran sebab terdapat banyak al-quran dalam masjid. mungkin hanya nota kecil atau buku2 doa.
4. telefon. jgn lupa bawa ya. manalah tahu kalau2 terpisah dgn keluarga or org2 yang anda kenali, call je tanya kat mana. kalau nak murah buat panggilan, tukar sim kad saudi siap2. :)
5.plastik letak kasut. (takkan nak masukkan terus kasut dlm beg tanpa plastik kan..)
6. air sembahyang. pastikan sudah mengambil air sembahyang siap2 sebelum masuk masjid sbb xde toilet mahupun tempat khas untuk ambil air sembahyang dlm masjid. andai kata 'terbatal' juga.., nanti saya jelaskan kat bawah k. :)


rak al-quran dalam masjid.
contoh rak kasut. 
                             

setelah lengkap barulah senang hati nak masuk masjid!

1.    masjidil haram ini ada 4 tingkat (termasuk basement & roof top). jadi terdapat banyak pintu masuk. pintu masuk yang paling senang dah mudah untuk diingat adalah pintu masuk nombor 1(King Abdul Aziz)  dari pintu ini anda hanya perlu jalan terus sehingga nampak kaabah. jangan belok2 kiri atau kanan lagi. di nasihatkan supaya anda bawa selipar atau kasut bersama2. jadi tak perlu letak kasut di rak. kelebihannya, anda senang nak keluar masjid. jika tidak boleh keluar pada pintu numb 1 semula sebab ramai org..etc.. anda boleh keluar pada mana2 pintu yang lain. jika anda dtg hanya untuk bersembahyang jemaah, dinasihatkan supaya masuk melalui pintu selain pintu nomb 1. lebih2 lagi kalau wanita. sebab pintu nomb 1 pasti akan crowded. kalau untuk umrah, biasanya akan masuk melalui pintu ini...


pintu masuk numb 1(king abdul aziz) kelihatan jelas dr dataran.

menghala ke pintu masuk tingkat 2.. saya lebih gemar masuk melalui pintu ini ketika ingin solat berjemaah.
pandangan dr dlm pintu masuk numb 1. pastikan anda ingat bangunan tersebut. 

2.      tempat permulaan tawaf adalah hajarul aswad. senang untuk mencari tempat permulaan tawaf kerana ia sudah ditandai dengan lampu hijau. dari arah mana pun anda dtg, sila cari lampu hijau setentang dengan kaabah untuk memulakan tawaf. ok, sila ambil perhatian satu info penting di sini. di sini juga anda boleh jadikan tempat pertemuan sekiranya anda terpisah dari org lain semasa tawaf. saling berpesanlah antara kalian.. 'andai kata kita terpisah.. tunggu saya di bawah lampu hijau, tempat permulaan tawaf ya.' :)





3.     jika terbatal  air sembahyang  dalam masjid ketika anda masih belum selesai tawaf ataupun sedang menunggu solat jemaah. jgn risau. tak perlu jalan jauh2 keluar masjid untuk mencari tempat ambil air sembahyang. anda hanya perlu mencari tempat untuk mengambil air zam2 yang berbentuk sink. gunalah air zam2 untuk ambil air sembahyang. tapi berpada-padalah! jgn sampai buka tudung+selak semua! pandai2lah cover2.. yang penting sempurna. tapi, kalau nak 'terbuang air' tu, tak dapeklah den nak nolongnye! kene lah keluar juga cari toilet yea... dlm masjid tak boleh! :p kalau saya, saya selesa guna air zam2 di bahagian basement. tak terlalu ramai org di situ dan kurang org lelaki. (kecuali pada bulan ramadhan dan musim haji.)

sebahagian jemaah wanita mengambil air sembahyang sebelum solat isyak. 

lengang. usai solat isyak. 

sila jgn ambil air sembahyang di sini ya. nanti kene 'cepok' dgn pak guard. xpun dengan jemaah lain. ni tempat minum je tau. :p 


4.     setelah selesai tawaf. masa untuk saie bukan? dari tempat tamat tawaf. (sama dengan tempat permulaan tawaf), di bawah lampu hijau tersebut ada signboard 'TO MASSA'. sila ikut signboard tersebut untuk ke tempat saie. hanya jalan terus dan 'automatic' anda akan berada di tempat saie. senang kan? tidak ada sebab untuk anda sesat melainkan ianya dari ALLAH swt. yang penting jgn panic. abaikan org2 yang ramai disekeliling anda dan tumpukan perhatian akan tempat yang anda tujui. insyaallah....

5.    tempat saie ada 2 tingkat. satu di bahagian ground floor dan dan di tingkat 1. seringkali orang tidak perasan tempat saie di tingkat satu. walhal di situ lagi kurang orang dan lebih luas. cuma tidak  merasa menyentuh bukit safa dan marwa.. jadi penghayatannya mungkin kurang. (hanya dari sesetengah pendapat)

6.    selesai tahalul, anda mungkin akan agak confused untuk kembali ataupun untuk keluar dari masjid. caranya mudah sahaja. carilah kaabah mengikut arah kiblat. pertama, sila lihat lantai tempat anda pijak. di mana arah kiblat. (biasanya susunan jubin lantai mengikut arah kiblat). ke dua, lihat signboard. kalau tak faham, lihat gambar. pasti gambar kaabah yang terdapat di signboard tersebut. sila ikut. sangat senang. apabila dah jumpa or nampak kaabah semula, cari semula pintu masuk numb 1 tadi. jgn risau signboard pintu numb 1 sangat besar. then, masjidil haram berbentuk bulatan mengadap kaabah. jadi kalaupun anda sesat, anda akan berpusing di kawasan yang sama. tumpukan perhatian dan cari lagi. insyaallah pasti ketemu. andai kata kalau tak jumpa juga jalan keluar. buatlah solat hajat. minta pertolongan ALLAH dan tawakal.. insyaallah....

p/s- akan tambah gambar lagi kemudian... harap dapat membantu kalian dengan info yang serba kekurangan ini....! apa kata entry seterusnya saya tunjukkan kawasan luar masjidil haram pula! :D

Friday, May 27, 2011

umrah seorang....


  hari selasa yang lepas, saya buat umrah. seorang diri! ini kali kedua saya mengerjakan umrah seorang diri. kali pertama semasa saya baru sahaja tiba di mekah bulan march yang lepas... sebenarnya pada pendapat saya umrah seorang ini sangat bagus kerana ia membuat saya lebih khusyu'. seolah hanya kita dan ALLAH swt.. penyerahan diri 100% kepada pencipta... memohon keampunan terhadap segala dosa serta terasa sungguh kerdil di celahan lautan manusia yang turut melakukan perkara yang sama! tak percaya? cubalah! :) 

  kali pertama untuk mengerjakan umrah seorang diri ini pasti merasa tidak yakin.. hati pasti meronta2 mengatakan 'kau tak boleh... nanti sesat.. nanti kalau jadi apa2 pada kau macam mana..' macam2 lagilah. tapi, semua itu hanya hasutan syaitan. apabila kita sudah berniat ikhram, dan lebih lagi ingin memulakan tawaf, insyaallah kita akan rasa lebih yakin... dan lama-kelamaan kita akan seronok dan tidak risau malah tidak akan memikirkan hal2 lain lagi selain MATI. saya selalu memotivasikan diri sendiri dengan memikirkan mungkin ini adalah umrah terakhir saya sebelum di jemput yang Esa.. begitu juga dalam bersolat. insyaALLAH dengan memikirkan demikian kita akan merasa khusyu' dan merasa terlalu dekat denganNYA... terlalu kerdil hambamu ini ya ALLAH.. terimalah taubatku dan amalanku.... amin3... 
   
   pada yang kali pertama mengerjakan umrah dan tiba di masjidil haram pasti kamu merasa sangat takut sesat, terpisah dengan kaum keluarga atau jemaah lain yang kamu kenali.. sebenarnya, ada banyak 'land mark' yang boleh kamu jadikan tempat pertemuan sekiranya kamu sesat! erm, apa kata entry selepas ini saya kongsi tips2 supaya kamu tidak sesat! tunggu ya.... :) saya akan berusaha berkongsi info2 yang berguna untuk kalian insyaallah.. selebihnya kita tawakal. ok.... 

                                           pemandangan ketika selesai solat sunat selepas tawaf

pemandangan saie dari tingkat atas masjid. 

     sehari selepas saya mengerjakan umrah saya bersolat isyak seperti biasa... setiba di pintu masjid, terlihat seorang mak cik yang saya sangat pasti orang malaysia bertanyakan guard arah ke toilet. guard yang pastinya tidak boleh bercakap bahasa lain selain arab itu menunjukkan mak cik tersebut arah untuk ke tandas. dari riak muka mak cik tersebut saya dan hubby pasti dia tidak faham apa yang dikatakan guard. jadi saya dan hubby cuba membantu. mula2 tunjukkan arah. tetapi mak cik itu seperti tidak yakin untuk pergi sebab agak jauh untuk ke tandas ketika berada di dalam masjid. kerana tandas hanya ada di kawasan luar masjid. jadi kami mengambil keputusan untuk menemani mak cik tersebut. kami bawa mak cik itu pergi ke tandas di dalam bangunan safwah yang saya fikir lagi dekat untuk ke tandas lain. saya menemaninya hingga sudah dan bawa kembali dia ke tempat kami bertemu kerana dia agak risau jika tidak berjumpa anak lelakinya kembali... dalam hati terbayang wajah ibu ataupun ibu mertua saya jika berada dalam situasi demikian sambil berdoa akan ada orang yang datang membantu mereka juga....... :) 

     apa relatednya cerita umrah seorang diri dan mak cik yang sesat tu ya? urmm..., mungkin mak cik tu pun seorang diri semasa mencari tandas tersebut kerana tidak jumpa anak lelakinya. bezanya adalah saya seorang diri mengerjakan umrah ketika saya sudah agak familiar dengan situasi masjid dan mak cik itu tidak! malah tidak tahu membaca signboard dalam bahasa English ataupun arabic. jadi mak cik tu lagi berani dan tawakal la bukan? lihat. bila kita dalam kesusahan ada sahaja yang membantu. jadi tidak perlu risau jika sesat di dalam masjidil haram ok. ramai orang yang sangat gembira untuk membantu anda. :) 


p/s- ya, sudah boleh upload gambar sebab sudah ada internet yang baru. hihi... 

Monday, May 23, 2011

living cost in makkah...

    dua tiga minggu ni saya dan hubby sedang busy sebab nak pindah rumah... seperti yang diberitahu pada entry yang lepas, kami akan berpindah ke rumah yang lebih selesa.. insyaALLAH... bukan bermakna rumah sekarang tidak selesa, tetapi rumah sekarang adalah apartment untuk jemaah haji.. dan kawasan yang kami tinggal sekarang ( aziziah) berdekatan dengan kawasan melontar dan mina yang akan busy pada musim haji nanti. tinggal di sini dikhuatiri akan mendatangkan masalah untuk hubby berulang alik ke tempat kerja pada musim haji.. alhamdulillah rumah baru kami masih terletak di tanah haram dan hanya 15-20 minit drive untuk ke masjidil haram... so, untuk entry kali ini saya ingin berkongsi info tentang kos hidup di makkah untuk hamba2 ALLAH bertuah yang telah 'dipilih' tinggal di dalam tanah haram ini... alhamdulillah... :)  

  terdapat banyak jenis rumah di sini mengikut kemampuan masing2.. perkara pertama yang perlu kamu tahu adalah sewa rumah bukan bayar bulan2 macam di malaysia. di sini, kita perlu membayar sewa setahun ataupun 6 bulan mengikut kehendak tuan rumah. alhamdulillah kami telah membayar sewa 6 bulan sebanyak 14 ribu riyal... (currency 1 riyal= 1 ringgit).. rumah tersebut kosong. tiada 1 perabot pun. malah aircond dan kabinet dapur termasuk sink juga perlu beli sendiri. setakat ini tidak jumpa pula rumah fully furnish selain service apartment dan hotel. jadi, kos untuk perabot dan barang2 elektrik yang baru saya kira lebih kurang 25  ribu. namun terdapat banyak pilihan untuk perabot dan barang elektrik untuk mengurangkan kos.. contohnya, perabot dan aircond boleh beli yang second hand. kalau pandai memilih, kamu akan dapat barang yang masih baik kualitinya. bagi saya dan hubby, kami memilih untuk membeli barang2 elektrik yang baru supaya tidak ada masalah kemudian hari. barang2 perabot pula boleh beli sikit2. mungkin kami akan utamakan ruang2 tertentu dahulu.... keseluruhannya, kos untuk masuk rumah baru ini lebih kurang 30 ribu ++! 

   buat permulaan ni memang terasa penat dan stress sebab banyak yang perlu diuruskan disamping merasa seronok untuk pindah ke rumah baru.. amount yang banyak hanya pada permulaan..insyaALLAH lepas semuanya dah stabil, barulah rasa lega.. terima kasih ya ALLAH atas rezekimu.. dapat kami hidup selesa di bumi makkah ini.. oh ya, berbanding di Oman, di Makkah ini rasanya lebih murah dan lebih banyak pilihan.. dengan sewa rumah 24 ribu setahun kami dah dapat rumah yang agak besar ( 2 ruang tamu+ 2 bilik+3 bilik air).. jika di oman dahulu, kami tinggal di apartment agak kecil dengan sewa 4 ribu sebulan! yang saya maksudkan dengan banyak pilihan pula adalah pemilihan bahan mentah (makanan) yang lebih pelbagai.. terdapat banyak kedai2 runcit indonesia yang menjual bahan2 mentah untuk memasak selain restoran makanan melayu! cuma, hubby kata masakan saya lagi sedap (hik,hik! blushing..ketawa sambil tangan menutup mulut.) 

   berkenaan dengan kenderaan pula, saya fikir tiada masalah jika kamu tidak mempunyai kenderaan di sini. banyak public transports yang boleh kamu ambil tidak mengira masa. bermaksud 24hours ada. ataupun kamu boleh mendapatkan private driver yang akan datang mengambil kamu pada bila2 masa. masalahnya adalah tentang komunikasi. kalau kamu pandai berbahasa arab lebih mudah. kalau tidak, memang banyak masalah. kami hanya bertahan menggunakan public transports selama seminggu. selepas hubby mendapatkan saudi licence, kami dah menyewa kereta dengan kos 2250 riyal sebulan ( antara kos menyewa yang terendah). insyaallah bulan hadapan kami akan membeli kereta sendiri. rasanya lebih berbaloi dan banyak privacy. petrol pula sangat murah! rasanya hanya 30 sen seliter! elektrik dan minyak petrol memang sangat murah. malangnya air agak mahal. lebih2 lagi kalau musim haji, harga air untuk kegunaan harian akan meningkat. saya kurang pasti tentang harga air. (saya update kemudian) yang saya pasti harganya lebih kurang 2 ribu riyal satu tangki pada musim haji.... :) 

   saya percaya kepada sesiapa yang pernah tinggal di middle east, mereka akan berpendapat di makkah agak rendah living cost nya berbanding dengan negara yang lain. :) semoga urusan kami dipermudahkan! insyaALLAH..