Monday, December 27, 2010

rentetan hari2 terakhir muscat 5 ( selamat tinggal life in oman..)

gambar sekadar hiasan..:p

tinggal lagi 3 hari sebelum meninggalkan oman... our flight to Malaysia will be on 31 disember 2010, jam 2 am... selamat tinggal oman.... urm, minggu terakhir ni kami busy mengemas.. perlu hantar barang2 untuk kontena esok. thanks haji amin n family yang sudi tumpangkan barang2 kami yang 'sedikit' tu dalam kontena beliau... nak ambil kontena sendiri macam tak padan dan membazir sebab tak banyak barang yang kami bawa balik..hanya pakaian, toys rania serta buku2.. nasib baik ada yang sudi menghulurkan tangan meringankan beban. hehe...

mungkin saya akan berehat seketika dari berblog sepanjang bercuti di malaysia nanti.. tapi saya akan cuba mencuri2 masa juga... jika tiada update, saya akan kembali setelah selamat menetap di mekah nanti.. dengan cerita dan pengalaman baru. jadi tajuk blog juga perlu di ubah.. sudah tidak sesuai lagi.. :)) saya mohon jasa baik kalian supaya mendoakan agar semua urusan kami untuk berpindah ke mekah berjalan lancar. yang pastinya saya dan rania akan berpisah sementara dengan dada rania... :( setibanya di Malaysia nanti kami akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian supaya kami bertiga akan pergi bersama2.. doakan semoga akan ada jalannya... setakat ini kami dimaklumkan my hubby perlu pergi dahulu.. dapatkan resident visa kemudian barulah boleh apply visa untuk saya dan rania.. yang pastinya ia sudah tentu akan mengambil masa... mungkin sebulan atau lebih.. agak risau, sedih, nervous dan takut sebab rania terlalu rapat dengan dada... beberapa jam tak jumpa pun dah meragam, inikan pula berbulan...

terima kasih kepada semua yang sudi membaca blog saya.. 'Life in Oman'... yang menjadi followers mahupun yang hanya meninjau dari jauh... jangan jemu membaca cerita saya dan jangan lupa untuk meninggalkan jejak supaya saya lebih menghargai... nantikan pengalaman baru saya ok. :))

Sunday, December 19, 2010

rentetan hari2 terakhir muscat 4 ( they are so special)

masa untuk meninggalkan oman semakin hampir... terasa waktu beranjak terlalu cepat. saya masih belum puas menikmati ketenangan oman... ya, oman merupakan bumi anbiya' yang sangat aman damai, tenang dan cantik. sukar untuk saya describe bagaimana oman kepada sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. ianya sangat subjektif.. mungkin ada yang tidak menyukai oman.. mungkin atas sebab ia menggunakan sistem pemerintahan beraja.. mungkin juga kerana ia tidak dipenuhi kelab2 malam, pub ataupun shopping mall yang mewah lagi canggih ataupun mungkin ada yang merasa bosan dengan omani yang masih tradisional......... kepada sesiapa yang terlalu mencintai duniawi, mereka pasti akan membuat conclusion oman hambar, bosan, mundur dan tiada hiburan! tetapi saya mungkin berlainan... saya sangat naive.... saya tidak kisah kalau orang lain kata saya tidak 'up to date' ataupun ketinggalan zaman.. yang penting saya merasa tenang dan bahagia... saya juga berasal dari sebuah kampung yang tidak mempunyai apa2.. :)

disini banyak yang saya pelajari.. berjauhan dari keluarga dan perlu menjaga keluarga dalam umur saya yang masih terlalu hijau banyak merubah saya... bermula dengan tiada ilmu rumahtangga, memasak, menjaga anak etc.. kemudian saya berubah sedikit demi sedikit. dan perubahan tersebut adalah ke arah kebaikan.. alhamdulillah... dalam masa lebih kurang setahun setengah rupanya banyak perubahan yang saya tidak nampak tetapi ketara di mata orang lain terutama keluarga dan suami! di sini saya tidak sunyi dengan kawan-kawan yang sentiasa memberi tunjuk ajar... dari segala segi.. dan yang paling penting saya dapat bergaul dengan orang yang mempunyai ilmu duniawi dan akhirat yang tinggi. mereka mempunyai latar belakang yang sangat baik. kedudukan mereka disini juga membanggakan.. seronok dapat menambah kenalan dan ilmu pengetahuan... ya, saya sangat sayangkan kehidupan saya disini dan sangat berat untuk melepaskannya.. namun ALLAH maha mengetahui.. DIA yang menyusun kehidupan kami dan saya percaya ada sebab yang saya belum ketahui tentang mengapa saya perlu meninggalkan oman....

hari khamis yang lepas MIO group (malaysian in oman group) telah mengatur satu farewell party untuk kami dan keluarga Haji Amin yang kebetulan akan menamatkan perkhidmatannya di oman... terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membuat preparation untuk majlis tersebut. hidangan makan malam tersebut terlalu istimewa serta cenderamata yang sangat cantik! kami sangat appreciate dan berterima kasih.. kalian menambah rasa berat di hati kami untuk meninggalkan sahabat sebaik kalian... semoga perpisahan ini bukan perpisahan selamanya.. saya sangat berharap kita semua akan berjumpa lagi..

sedikit tentang kenangan saya bersama sahabat di sini..

with kak intan family... we are very close.. kak intan n abg latif like our parent here... :)

rania with her close friend nurin n hafiy.. rania gonna miss u guys!

hafiy, dont forget me... n dont miss me!


kenangan.. ketika menghabiskan winter session.


i will miss u guys!


ketika menikmati hidangan ( farewell party)

me n nanie..hafiy's ummi..

thanks untuk cenderahati yang sungguh istimewa..


thanks to all! we gonna miss u a lot!! :(

Sunday, December 12, 2010

rentetan hari2 terakhir muscat 3 ( siti umairah vanessa)


our car... hubby call her 'siti Umairah Vanessa' stand for SUV Ford Edge. hari ini kereta yang kami guna belum pun sampai setahun ni dah ada pembelinya... nak buat macam mana kan... kena lah lepaskan.. walaupun berat hatiku untuk melepaskanmu....... huhu....

agak berat untuk jual kereta ni sebab dah tahu sure kami akan rugi. seperti yang dijangkakan.. memang rugi.. banyak juga! malangnya kami dah cuba macam2 cara untuk bawa si vanessa ni ke saudi..tapi gagal sebab masalah2 yang tidak dapat dielakkan... tak ada rezeki lah.. dah usaha tapi ALLAH tak izinkan. ada lah hikmahnya tu kan.. :) so, hari ini insyaallah ketika ini hubby sedang berurusan di bank dengan pembeli vanessa. kata hubby orang warganegara Palestine yang beli untuk anaknya... harap mereka dapat jaga vanessa dengan baik sepertimana my hubby menjaganya.. hehe...

last night hubby dah hantar vanessa ke ford workshop untuk service mana yang patut. sebelum bertukar tangan kenalah buat yang terbaik supaya pembeli berpuas hati dan gembira dengan vanessa nanti.. so, we rented a pretty small car ( hyundai getz) untuk kami guna sebelum pulang ke malaysia insyaallah hujung bulan ni. mungkin 29 hb.. date tak comfirm lagi...

bila kereta dah dijual.. bermakna masa untuk meninggalkan oman semakin hampir... honestly dah mula rasa sedih.. nak meninggalkan our 'cube house'.. the people here.. our malaysian friends here.. and experiences yang bnyk kami collect kat sini... banyak kenangan indah yang kami lalui.. oh, aku pasrah! sebab mekah bakal menanti kami.....! :) terima kasih Ya ALLAH..