as salam... salam penuh kegembiraan, kesyukuran dan kepenatan!
kali ini entry saya datang dari makkah al-mukarramah. alhamdulillah sudah hampir 2 minggu saya dan keluarga menetap disini. akhirnya.. kami.. bonda, dada dan rania bersatu kembali. hidup kembali seperti sediakala cuma latar yang berbeza. dengan berlatarkan mekah sebagai tempat baru, honestly saya agak 'culture shock'! ya, saya pernah ke mekah untuk menunaikan ibadah umrah sebelum ini. tetapi, ia hanya ziarah pendek selama seminggu dan kali ini kedatangan saya untuk menjadikan mekah sebagai tempat tinggal dan tempat hubby mencari rezeki. semestinya ia sangat berbeza. dan paling istimewa kami tiba di sini pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3 iaitu pada 15 march yang lepas.. ia adalah hadiah ulangtahun yang paling bermakna buat saya dari ALLAH s.w.t kerana mengizinkan saya untuk tinggal di rumahNYA... subhanaallah!
minggu pertama kami tinggal di hotel berdekatan dengan masjidil haram. hotel Manazel Al-Waleed. ia nya telah dirancang oleh hubby supaya saya berpeluang solat jemaah di masjidil haram dan juga menunaikan umrah sebelum kami pindah ke rumah sewa. alhamdulillah kesempatan itu saya gunakan sebaiknya. jadi, saya sudah mengerjakan ibadah umrah yang pertama pada minggu lepas..
ketika ini saya sudah tinggal di sebuah service apartment di kawasan aziziah. terletak hanya 10 minit memandu ke masjidil haram ( tanpa traffic jam) bermakna saya masih tinggal di dalam tanah haram. alhamdulillah.. semuanya telah di atur baik olehNya.. apabila berpindah ke apartment bermakna semua aktiviti harian saya sudah tidak sama lagi. saya tidak boleh lagi berjalan kaki untuk solat di masjidilharam, tidak boleh shopping di al-abraj dan tidak boleh makan di felda di saji tanpa hubby. pendek kata saya terkurung di dalam sebuah penjara batu yang cantik! bersama-sama rania yang menjadi peneman setia. hehe.. sound very scary... sebenarnya, sudah menjdi peraturan di sini yang wanita tidak boleh keluar bersendirian tanpa suami ataupun muhrim. tidak boleh memandu, tidak boleh keluar tanpa menutup sepenuhnya aurat ( sebaiknya memakai abaya) dan yang paling saya tidak tahan adalah tidak boleh makan atau lepak2 di luar sendirian. means no more 'mengeteh' time or 'mengopi' time with friends di starbucks or coffee house! kalaupun dah memang teringin sangat nak makan or minum kat luar.. perlu pergi bersama suami atau muhrim TETAPI boleh duduk di kedai yang mempunyai 'family area' sahaja... malangnya tidak semua kedai makan or coffee shop ada family area.. huhuhu... so, minggu pertama di rumah ni faham2 je la.. mood agak tidak menentu. opss.. bukan saya, tetapi rania! yang sudah biasa makan dan keluar bersiar2. jadi dia agak cranky. paling kasihan rania demam teruk masa mula2 pindah. ditambah pula dengan tonsil menyebabkan hampir 5 hari tidak makan apa2. hanya minum susu.. kesannya, badan rania sangat susut. mungkin agak sukar untuk rania menyesuaikan diri di tempat baru dengan enviroment dan weather change.
saya dan rania hanya keluar pada malam hari. setelah hubby pulang dari office. itupun belum sempat dada duduk, rania sudah merengek2 ajak keluar. kasihan dada... nasib baik kami tinggak di center area berdekatan dengan shopping mall dan juga souk. jadi penjara batu hanya berkuat kuasa pada siang hari. malam hari kami (saya dan rania) di bebaskan. hihi... walau apapun saya bersyukur kerana dipilih untuk tinggal di sini.. apabila didatangi masalah ataupun perasaan yang tidak tenang, saya berpeluang untuk menenangkan diri di masjidil haram.. berpeluang untuk solat berjemaah dengan manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia, berpeluang mengerjakan tawaf sunat, berpeluang melihat kaabah yang subhanaallah sangat indah dan tenang! dan yang paling penting saya telah dipilih untuk melipat gandakan amalan dan mengumpul pahala sebanyak mungkin selama saya masih disini dan saya masih bernafas. itu adalah hadiah yang tidak ternilai.. saya tidak kisah terkurung di penjara batu, tidak boleh drive, tidak memakai mascara dan blusher ( make up yang wajib saya pakai sebelum ni), tidak memakai skinny jeans.. tidak memakai high heel.., tidak lepak utuk mengopi, mengeteh.... jika itu adalah pertukaran dengan ganjaran pahala yang akan saya dapat..insyaallah.. apalah sangat semua yang saya tinggalkan tu bukan? :))
terima kasih Ya ALLAH atas anugerah ini.. kadangkala, saya terfikir mengapa saya yang jahil ini terpilih untuk tinggal di sini? semoga satu hari nanti saya akan mendapat jawapan yang pasti.
2 comments:
seronok nyer iera...
bila nak dtg? :)
Post a Comment