dua tiga minggu ni saya dan hubby sedang busy sebab nak pindah rumah... seperti yang diberitahu pada entry yang lepas, kami akan berpindah ke rumah yang lebih selesa.. insyaALLAH... bukan bermakna rumah sekarang tidak selesa, tetapi rumah sekarang adalah apartment untuk jemaah haji.. dan kawasan yang kami tinggal sekarang ( aziziah) berdekatan dengan kawasan melontar dan mina yang akan busy pada musim haji nanti. tinggal di sini dikhuatiri akan mendatangkan masalah untuk hubby berulang alik ke tempat kerja pada musim haji.. alhamdulillah rumah baru kami masih terletak di tanah haram dan hanya 15-20 minit drive untuk ke masjidil haram... so, untuk entry kali ini saya ingin berkongsi info tentang kos hidup di makkah untuk hamba2 ALLAH bertuah yang telah 'dipilih' tinggal di dalam tanah haram ini... alhamdulillah... :)
terdapat banyak jenis rumah di sini mengikut kemampuan masing2.. perkara pertama yang perlu kamu tahu adalah sewa rumah bukan bayar bulan2 macam di malaysia. di sini, kita perlu membayar sewa setahun ataupun 6 bulan mengikut kehendak tuan rumah. alhamdulillah kami telah membayar sewa 6 bulan sebanyak 14 ribu riyal... (currency 1 riyal= 1 ringgit).. rumah tersebut kosong. tiada 1 perabot pun. malah aircond dan kabinet dapur termasuk sink juga perlu beli sendiri. setakat ini tidak jumpa pula rumah fully furnish selain service apartment dan hotel. jadi, kos untuk perabot dan barang2 elektrik yang baru saya kira lebih kurang 25 ribu. namun terdapat banyak pilihan untuk perabot dan barang elektrik untuk mengurangkan kos.. contohnya, perabot dan aircond boleh beli yang second hand. kalau pandai memilih, kamu akan dapat barang yang masih baik kualitinya. bagi saya dan hubby, kami memilih untuk membeli barang2 elektrik yang baru supaya tidak ada masalah kemudian hari. barang2 perabot pula boleh beli sikit2. mungkin kami akan utamakan ruang2 tertentu dahulu.... keseluruhannya, kos untuk masuk rumah baru ini lebih kurang 30 ribu ++!
buat permulaan ni memang terasa penat dan stress sebab banyak yang perlu diuruskan disamping merasa seronok untuk pindah ke rumah baru.. amount yang banyak hanya pada permulaan..insyaALLAH lepas semuanya dah stabil, barulah rasa lega.. terima kasih ya ALLAH atas rezekimu.. dapat kami hidup selesa di bumi makkah ini.. oh ya, berbanding di Oman, di Makkah ini rasanya lebih murah dan lebih banyak pilihan.. dengan sewa rumah 24 ribu setahun kami dah dapat rumah yang agak besar ( 2 ruang tamu+ 2 bilik+3 bilik air).. jika di oman dahulu, kami tinggal di apartment agak kecil dengan sewa 4 ribu sebulan! yang saya maksudkan dengan banyak pilihan pula adalah pemilihan bahan mentah (makanan) yang lebih pelbagai.. terdapat banyak kedai2 runcit indonesia yang menjual bahan2 mentah untuk memasak selain restoran makanan melayu! cuma, hubby kata masakan saya lagi sedap (hik,hik! blushing..ketawa sambil tangan menutup mulut.)
berkenaan dengan kenderaan pula, saya fikir tiada masalah jika kamu tidak mempunyai kenderaan di sini. banyak public transports yang boleh kamu ambil tidak mengira masa. bermaksud 24hours ada. ataupun kamu boleh mendapatkan private driver yang akan datang mengambil kamu pada bila2 masa. masalahnya adalah tentang komunikasi. kalau kamu pandai berbahasa arab lebih mudah. kalau tidak, memang banyak masalah. kami hanya bertahan menggunakan public transports selama seminggu. selepas hubby mendapatkan saudi licence, kami dah menyewa kereta dengan kos 2250 riyal sebulan ( antara kos menyewa yang terendah). insyaallah bulan hadapan kami akan membeli kereta sendiri. rasanya lebih berbaloi dan banyak privacy. petrol pula sangat murah! rasanya hanya 30 sen seliter! elektrik dan minyak petrol memang sangat murah. malangnya air agak mahal. lebih2 lagi kalau musim haji, harga air untuk kegunaan harian akan meningkat. saya kurang pasti tentang harga air. (saya update kemudian) yang saya pasti harganya lebih kurang 2 ribu riyal satu tangki pada musim haji.... :)
saya percaya kepada sesiapa yang pernah tinggal di middle east, mereka akan berpendapat di makkah agak rendah living cost nya berbanding dengan negara yang lain. :) semoga urusan kami dipermudahkan! insyaALLAH..
4 comments:
sangat kagum dengan kehidupan anda sekarang!ley jadi idola...sungguh!!!
bagus eira! informasi yg sangat berguna utk bakal2 penduduk mekah :)
semoga Allah swt permudahkan urusan eira sefamily.amin.
akak pun tak pandai nak tulis camni.. "tips utk tinggal di brunei" hehe..
ayu : rasa x layak pula nak jadi idola kamu...sungguh!!... cukuplah sekadar ayu menyokong n mendoakan kebahagiaan akak kat cni... dah hargai sgt dah... :))
thnks kak baiti! penulisan akak pun sgt bagus! nanti buat entry tajuk yg sama cuma tukar tempat di brunei k... hihi...
Post a Comment