Thursday, June 2, 2011

wahai tetamu2 ALLAH!

ALLAH memberi kita limpahan rezeki sehingga kadang2 kita lupa.. eh, bukan lupa.. kita ingat cuma kita tak perasan yang kita kurang bersyukur. saya bukan bercakap tentang orang lain.. setiap entry saya bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri juga... kadang2 apabila terlihat orang yang kurang menyenangkan hati, saya terus terfikir, 'pernahkah aku jadi seperti itu. pernahkah aku 'terriak' atau kelihatan seperti tidak mensyukuri akan nikmat yang diberikan.' mungkin pernah.

alkisahnya, semalam usai sembahyang isyak di masjidil haram seperti biasa saya hubby dan si kecil rania pergi 'mengeteh' di tempat biasa. urm, dah jadi mcm kewajipan pula.. kalau pergi jemaah di masjid mesti pergi ke felda  Dsaji untuk minum2 dan makan2 ringan. kalau tak pergi jadi rindu pula. hihi.... berbalik pada cerita asal. sedang kami bertiga minum2 sambil berbual2 mesra. ada 2 orang hamba ALLAH ni... duduk bersebelahan dengan meja kami... kedua2nya lelaki. dari cara perwatakan dan penampilan saya agak pasti mereka berdua bukan kami pertama datang ke sini.. mungkin sudah banyak kali datang buat umrah.. kenapa? sebab orang yang kali pertama datang ke rumah ALLAH ini sangat tertib dan terlalu menjaga percakapan, perlakuan dan pemakaiannya.. mereka kelihatan sangat baik dan menyenangkan.. sedangkan hamba ALLAH yang berdua ini tadi cara percakapannya yang agak kuat dan kadangkala meninggi diri itu sangat menyakitkan gegendang telinga saya dan hubby! yang paling saya ingat adalah mereka sewenang2nya merokok di kawasan larangan merokok. yang merokok di dalam tanah haram itu saya tak berani nak sentuh kerana saya kurang tahu. yang buat saya marah adalah mereka merokok didalam kawasan yang dah terang2 terdapat signboard NO SMOKING! bersebelahan pula dengan meja saya! tak dapat tidak rania juga turut menghidu asap tersebut.

diantara perbualan mereka yang saya masih ingat : 

       "mu tau tak mu ni macam burung kakak tua. orang cakak mu nyampuk!" bercakap kepada jurujual kedai yang agak peramah menegur mereka bedua berbual. jurujual tersebut berbangsa india dan selalu menegur orang2 Malaysia yang datang ke situ... 
  
        "how long u stay here? u married? ur wife here? u dont take another wife here? masih berbual dengan jurujual tersebut dengan english yang sangat broken walhal jurujual itu boleh berbahasa melayu!. :) 

        tidak lama kemudian jurujual itu menegur mereka kerana merokok. ni yang paling buat saya naik angin. salah seorang dari mereka menjawab. "arab can not. malaysia can smoking here!" 

macam2 lagilah mereka bualkan. kalau ikutkan hati mahu sahaja saya menegur. tapi rasa kurang ilmu di dada pula.. lebih baik saya hanya menjadikan itu iktibar pada diri sendiri. saya doakan supaya mereka sedar. walaupun selalu datang, tak bermakna kamu dah hebat sangat boleh buat sesuka hati. sudah lupakah kamu bahawa kita ini tetamu ALLAH yang telah dipilih untuk datang ke rumahNYA. cuba kalau ada tetamu datang ke rumah kita dan buat perkara yang kita tidak suka. mesti kita marah bukan? begitulah juga sebaliknya. walallahualam...

p/s- nak masukkan gambar mereka, tapi nanti kene saman malu pula. hihi.. lebih baik jangan cari pasal. :)) 

2 comments:

yustie81 said...

mesti 2 org tu org ganu..huhu..muda lg ke org2 tu?

Masnira Ramli said...

xsure weather org terenggau or kelantan.. x la muda sgt dlm 30an or awal 40an... :)